Raya dah habis, tp syawal masih ada. hee, byk duit raya kutip ? ngehh. dah
Post sekadar untuk perkongsian bersama. Sama-sama kita manfaatkan, insyaAllah.
SEPASANG MATA YANG MENANGIS
Kelihatan beberapa pasang mata sedang sibuk bertanya khabar sesama mereka.
MATA 1; Deras sekali air mata engkau mengalir. Mengapa engkau menangis?
MATA 2; lelaki itu tidak setia. Dapat madu,sepah dibuang. Rupa-rupanya si perempuan hanya bertepuk sebelah tangan. Mata 3, engkau juga senasib denganku ?
MATA 3; Oh tidak. Tuan aku sedang menghayati cerita Hindustan. Sekarang sedang klimaks cerita !
MATA 4; Ah, tuan aku gagal dalam peperiksaan ! Ini bukan kali pertama dia gagal. Dia benar-benar kecewa.
Setiap manusia dikurniakan sepasang mata. Airnya mengalir diesebabkan gembira, apatah lagi berduka. Begitu unik apabila Allah menghubungkan antara perasaan, mata dan air mata. Apabila seorang pelajar mendapat keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan, air mata mengalir kerana meraikan kegembiraan. Seorang anak yang kehilangan ahli keluarga pula, air matanya gugur kerana kedukaan yang menyesak dada.
Menangis dan mata seperti mulut dan bicara. Ia adalah anugerah Illahi yang tidak dapat dipisahkan sama sekali. Isunya bukan hanya pada lelaki yang curang, ataupun pelakon dalam cerita-cerita yang kebanyakannya melalaikan tetapi manusia yang mengizinkan air mata mengalir bukan pada jalan yang tepat ataupun tidak diredai Tuhan.
Mengapa air mata mengalir ? Kecewa kerana putus cinta ? Orang lain lebih berjaya ? Kehilangan duit ? Tiadakah kerana menyesali dosa-dosa ? Menangis dan lebih sibuk mencari kekurangan diri semasa bersendirian. Bukan rendah darjat orang yang menangis. Meneliti teladan Baginda Rasulullah SAW, ternyata baginda lebih banyak menangis daripada ketawa. Baginda menangis kerana memikirkan kurangnya ibadah, walaupun berlapar perut dan luka-luka di kaki akibat beribadah. Baginda menangis kerana risaukan iman umatnya yang kerap goyah. Dan yang pasti Rasulullah menangis lantaran takut kepada Allah.
Jika Rasulullah sedang gembira pula, baginda hanya tersenyum dan tidak ketawa berdekah-dekah. Selalu juga Baginda meningatkan manusia; mereka yang banyak ketawa di dunia, bakal menangis di akhirat.
- Menangislah kerana rasa kerdilnya menjadi hamba. Itu lebih baik daripada menangis kerana rendahnya darjat berbanding manusia yang berpangkat.
- Menangislah kerana gagal tunduk kepada Tuhan. Itu lebih baik daripada tidak serik mencari kepercayaan dan kehormatan orang.
- Menangislah kerana bimbang hilang cinta Ilahi daripada menangis kerana hilang cinta wanita ataupun lelaki.
- Menangislah kerana air mata dicipta untuk terus mengalir buat penghilang resah. Itu lebih baik daripada memiliki hati yang keras.
info; Gen-Q ;)
No comments:
Post a Comment