Monday, August 20, 2012

Aidilfitri 1433 H

                                  -Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang-

Assalammualaikum wbt :)

  PELITA DIPASANG TIAP-TIAP NEGERI,
TANDA INGATAN DI AIDILFITRI,
KETUPAT RENDANG DIMASAK SUBUH SUNYI,
PULANGNYA ANAK DI PAGI HARI,
                                        MENYAMBUT AIDILFITRI YG DATANG LAGI ...

" Selamat Hari Raya Aidilfitri :) Mohon maaf zahir batin. "

Ni lah kata-kata/ ucapan yg selalu didengar/ dibaca/ dilihat/ diberi marcapada minggu ni. Tahun ni puasa 29 hari, setelah cukup sebulan umat Islam berpuasa, akhirnya tibalah bulan Syawal. Tapi sebelum nk seronok beraya elok la kot klau kita kenal sikit Aidilfitri ni , kan ? :)

 'Aid' bermaksud --> perayaan atau sambutan.
 'Fitri' merujuk kpd--> fitrah. sesuatu yg baik yg semulajadi ada dlm diri seseorang manusia.
 Selalunya apa yang kita faham selama ni 'AidilFitri' merupakan sebuah kemenangan bila kita dah habis berjuang menempuh Ramadhan -.-
 Cukupkah sekadar ucapan; Selamat Hari Raya ? Baju raya baru, lagu raya,lemang, ketupat, rendang, beraneka macam makanan jangan hanya dipandang......... Dan tak ketinggalan :: duit raya ?

Sebulan Ramadhan sepatutnya mengajar kita mengenal diri. Bayangkan, kita disuruh menjauhi dari makan dan minum, perkara-perkara yg membatalkan serta yg boleh mencacatkan ibadah puasa kita. Kenal diri mengawal nafsu (mujahadahatun nafs !) Kenal diri dengan merapatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub) dengan nikmatnya ibadah puasa, tarawaih di samping kefarduan lain, yang digandakan pahala oleh Allah. Ramadhan bulan mulia, satu-satunya bulan yg diturunkan Al-Quran, sebagai panduan hidup manusia. Tetapi bukan setakat keIMANan yang perlu dipupuk atau keSAHIHan ibadah yang perlu dihasilkan, apakah AKHLAK MAHMUDAH telah menjati diri ?

"mengawal nafsu itu kewajipan, ibadah itu fardu, mengapa ia perlu diraikan ?"

 Tepuk dada tanya iman, adakah Aidilfitri yang tiba menjadikan diri kita MUSLIM YANG LEBIH CEMERLANG?

Apa-apa pun, selamat berHari Raya :D
Salam Syawal.

No comments:

Post a Comment