Thursday, August 30, 2012

Happy Birthday, Malaysia :)

Assalammualaikum !

Guess what ? Waah ! Hari ni 31st of August 2012. Happy Birthday, Malaysia :)   ok, sorry. HAPPY 55th MERDEKA DAY . We should be proud :D  because here, we have this ;
 
 
 
kenal ? for sure lah, thats our proud ; PETRONAS TWIN TOWER ;)
 
        One of the tallest tower in the world, disambungkan pada tingkat 41 dan 41 dengan menggunakan satu jejantas yang berukuran sepanjang 58.4 meter. Menara ini telah dibina untuk dijadikan ibupejabat korporat PETRONAS (thats why PETRONAS twintower) dan juga sebahagian daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menara 88 tingkat ini direkabentuk dengan prinsip geometrik yang mengutamakan ciri-ciri senibina Islam. (WAAH !)
 
Next, presenting ;
 
 
KLCC's best buddy.. ngehehh :p called; MENARA KUALA LUMPUR.
 
   Menara Kuala Lumpur setinggi 421m adalah menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia. Dibuka pada 1996, menara ini menampilkan rekabentuk bercirikan seni tradisi Malaysia dan Islam. Menara ini direkabentuk oleh Kumpulan Senireka Sdn Bhd dan dibina oleh firma Wayss & Freytag dari Jerman.
 
 
 
Lagi2 .. ;
 
 
 JAMBATAN PULAU PINANG.
 
 Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
 
 
Ada lagi lahh !
 
 
tahu tak ni ? Menarik ! Located at the theme park,
KERETA KABEL GENTING SKYWAY.
 
 Perkhidmatan kereta kabel Genting Skyway di Genting Highlands, Pahang adalah sistem kereta kabel terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Sistem ini merentangi jarak sepanjang 3.38km (gilaa panjang tak panjang tuu ..) dari stesennya di kaki bukit hingga ke hotel peranginan yang terletak 2,000m dari aras laut. :o Sistem ini juga merupakan sistem kereta berkabel tunggal yang terpantas di dunia – setiap gondola yang boleh membawa 6 penumpang itu boleh bergerak pada kelajuan maksimum 6m sesaat atau 21.6km sejam.
 
 
Layann .. ;
 
 
WAAHH ! Im proud to be a Shah Alam-ians. Hee :D
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
 





 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di bandaraya Shah Alam, yang boleh memuatkan 24,000 pada satu-satu masa, adalah yang masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini juga mempunyai menara tertinggi dan kubah rumah ibadat yang terbesar di dunia. Kubahnya mempunyai ketinggian 106.7m pada puncaknya dan bergarispusat sepanjang 51.8m. Masjid ini siap dibina pada 11 Mac 1988.
 #new facts :o #
 
Next.. ;
 
 
Kenal suasana dalam ni kt mne ? Pernah masuk ? Haa.., nilahh
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
 
(KLIA) yang terletak di daerah Sepang, Selangor, 50 kilometer dari Kuala Lumpur adalah lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Malaysia. Dibuka pada tahun 1998, ia juga merupakan hab utama bagi Penerbangan Malaysia dan AirAsia. Cogan katanya lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" . Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
 
Last one ! ;
 
 Kenal tak kenal, thats PUTRAJAYA.
 

Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan. Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT).

Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
 
  Jelajah Malaysia. Saya berbangga sebagai Anak Malaysia. haha, ehh, dah merdeka kne la tau tema tahun ni. agak2 amnde ah ? nk tahu ? mehh, tekan sini ! 
 Once again; 
 Happy Independence Day, Malaysia. Terima Kasih Pahlawan Malaysia ! 
 

Sunday, August 26, 2012

Oh My English !

Assalammualaikum !

 Seronok gemencheh cuti lagi seminggu ;D untunglaa ~ hehe.,
 kali ni pun post suka2. baru tgk Oh My English ! << tkn sini ! :)

episod 8 ; OLIMPIK

nk tahu 'origin' ? haa, meh sini baca !

If you are from ....

MALAYSIA ; Malaysian
KOREA ; Korean
JAPAN ; Japanese
INDONESIA ; Indonesian
THAILAND ; Thai
CHINA ; Chinese
AMERICA ; American
NETHERLAND ; Dutch
FRANCE ; French
ENGLAND ; English
SWEDEN ; Swedish
ARAB ; Arabic
TAIWAN ; Taiwanese
BRITAIN ; British

 Bunyi mcm kelakar kan ? But thats a fact ! Rajin2 la tgk OME :) Learn English, its awesome ! Nk tgk episod2 menarik ? Once again, click here !

 
tahu tak ? See Yew Soon awesome ! <3 ;)
 

Saturday, August 25, 2012

Sepasang Mata Yang Tercipta

 Assalammualaikum ! Salam syawal :)

   Raya dah habis, tp syawal masih ada. hee, byk duit raya kutip ? ngehh. dah tua besar punn nk kecoh duit raya. Hee xD

Post sekadar untuk perkongsian bersama. Sama-sama kita manfaatkan, insyaAllah.

SEPASANG MATA YANG MENANGIS

 Kelihatan beberapa pasang mata sedang sibuk bertanya khabar sesama mereka.
MATA 1; Deras sekali air mata engkau mengalir. Mengapa engkau menangis?

MATA 2; lelaki itu tidak setia. Dapat madu,sepah dibuang. Rupa-rupanya si perempuan hanya bertepuk sebelah tangan. Mata 3, engkau juga senasib denganku ?

MATA 3; Oh tidak. Tuan aku sedang menghayati cerita Hindustan. Sekarang sedang klimaks cerita !

MATA 4; Ah, tuan aku gagal dalam peperiksaan ! Ini bukan kali pertama dia gagal. Dia benar-benar kecewa.



Setiap manusia dikurniakan sepasang mata. Airnya mengalir diesebabkan gembira, apatah lagi berduka. Begitu unik apabila Allah menghubungkan antara perasaan, mata dan air mata. Apabila seorang pelajar mendapat keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan, air mata mengalir kerana meraikan kegembiraan. Seorang anak yang kehilangan ahli keluarga pula, air matanya gugur kerana kedukaan yang menyesak dada.

Menangis dan mata seperti mulut dan bicara. Ia adalah anugerah Illahi yang tidak dapat dipisahkan sama sekali. Isunya bukan hanya pada lelaki yang curang, ataupun pelakon dalam cerita-cerita yang kebanyakannya melalaikan tetapi manusia yang mengizinkan air mata mengalir bukan pada jalan yang tepat ataupun tidak diredai Tuhan.

Mengapa air mata mengalir ? Kecewa kerana putus cinta ? Orang lain lebih berjaya ? Kehilangan duit ? Tiadakah kerana menyesali dosa-dosa ? Menangis dan lebih sibuk mencari kekurangan diri semasa bersendirian. Bukan rendah darjat orang yang menangis. Meneliti teladan Baginda Rasulullah SAW, ternyata baginda lebih banyak menangis daripada ketawa. Baginda menangis kerana memikirkan kurangnya ibadah, walaupun berlapar perut dan luka-luka di kaki akibat beribadah. Baginda menangis kerana risaukan iman umatnya yang kerap goyah. Dan yang pasti Rasulullah menangis lantaran takut kepada Allah.

Jika Rasulullah sedang gembira pula, baginda hanya tersenyum dan tidak ketawa berdekah-dekah. Selalu juga Baginda meningatkan manusia; mereka yang banyak ketawa di dunia, bakal menangis di akhirat.

  • Menangislah kerana rasa kerdilnya menjadi hamba. Itu lebih baik daripada menangis kerana rendahnya darjat berbanding manusia yang berpangkat.
  • Menangislah kerana gagal tunduk kepada Tuhan. Itu lebih baik daripada tidak serik mencari kepercayaan dan kehormatan orang.
  • Menangislah kerana bimbang hilang cinta Ilahi daripada menangis kerana hilang cinta wanita ataupun lelaki.
  • Menangislah kerana air mata dicipta untuk terus mengalir buat penghilang resah. Itu lebih baik daripada memiliki hati yang keras.
Dan rupa-rupanya Allah suka apabila manusia menangis kerana itu menghubungkan manusia dengan Dia ! Maka, semak semula atas sebab apa air mata itu mengalir ?

                                                 info; Gen-Q ;)

Monday, August 20, 2012

Aidilfitri 1433 H

                                  -Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang-

Assalammualaikum wbt :)

  PELITA DIPASANG TIAP-TIAP NEGERI,
TANDA INGATAN DI AIDILFITRI,
KETUPAT RENDANG DIMASAK SUBUH SUNYI,
PULANGNYA ANAK DI PAGI HARI,
                                        MENYAMBUT AIDILFITRI YG DATANG LAGI ...

" Selamat Hari Raya Aidilfitri :) Mohon maaf zahir batin. "

Ni lah kata-kata/ ucapan yg selalu didengar/ dibaca/ dilihat/ diberi marcapada minggu ni. Tahun ni puasa 29 hari, setelah cukup sebulan umat Islam berpuasa, akhirnya tibalah bulan Syawal. Tapi sebelum nk seronok beraya elok la kot klau kita kenal sikit Aidilfitri ni , kan ? :)

 'Aid' bermaksud --> perayaan atau sambutan.
 'Fitri' merujuk kpd--> fitrah. sesuatu yg baik yg semulajadi ada dlm diri seseorang manusia.
 Selalunya apa yang kita faham selama ni 'AidilFitri' merupakan sebuah kemenangan bila kita dah habis berjuang menempuh Ramadhan -.-
 Cukupkah sekadar ucapan; Selamat Hari Raya ? Baju raya baru, lagu raya,lemang, ketupat, rendang, beraneka macam makanan jangan hanya dipandang......... Dan tak ketinggalan :: duit raya ?

Sebulan Ramadhan sepatutnya mengajar kita mengenal diri. Bayangkan, kita disuruh menjauhi dari makan dan minum, perkara-perkara yg membatalkan serta yg boleh mencacatkan ibadah puasa kita. Kenal diri mengawal nafsu (mujahadahatun nafs !) Kenal diri dengan merapatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub) dengan nikmatnya ibadah puasa, tarawaih di samping kefarduan lain, yang digandakan pahala oleh Allah. Ramadhan bulan mulia, satu-satunya bulan yg diturunkan Al-Quran, sebagai panduan hidup manusia. Tetapi bukan setakat keIMANan yang perlu dipupuk atau keSAHIHan ibadah yang perlu dihasilkan, apakah AKHLAK MAHMUDAH telah menjati diri ?

"mengawal nafsu itu kewajipan, ibadah itu fardu, mengapa ia perlu diraikan ?"

 Tepuk dada tanya iman, adakah Aidilfitri yang tiba menjadikan diri kita MUSLIM YANG LEBIH CEMERLANG?

Apa-apa pun, selamat berHari Raya :D
Salam Syawal.

Saturday, August 18, 2012

Ukhuwah Fillah~


-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang-










      



HARMONI 10/11/12 :)

*Post sekadar suka-suka*

Thursday, August 16, 2012

Selamat Kembali !

Assalammualaikum..

 Back to the top; Welcome home ! seronok dah cuti nak raya ni.. cuti baru mula semalam, so semua balik 2 minggu. wait ?! 2 WEEKS ? ohh, haah. 2 MINGGU. nampak tak tu ? haha, cuti smpai 2 Sept sbb MRSM Gemencheh jd tuan rumah utk .............. (okay fine. lupa lahh ape nme program tu) =='' haa, sbb tu lah. hehe,

 Tp klau dah nme f3, balik rumah takde  duitraya homework bukan cuti la nme nye tu. Last day semalam cikgu wanie siap bg jadual lagi tuh. Padan muka kau. wahahaha.., heshh, astaghfirullah. harap2 pelajar2 f3 sekalian dpt gunakan masa cuti anda2 sebaiknya :)

 Cerita pasal kerja teringat pulak pasal exam last week. yeah, f3 dah lepas TRIAL PMR, MARA punye lg tu. fuuhh, seram kot. we've  ended our exam with a not so good result. apa2 pun, hope semua dpt yg terbaik. Well, Allah knows the best :)

insya Allah :D

 Disebabkan sekarang kita dah masuk fasa ke-3 Ramadhan, means 10 hari terakhir. kejap je kan ? pejam celik tidur makan minum exam bagai, nak raya dahh rupanya. hehe, jadi kt sini saya memaksa- mcm soalan sejarah; Bagaimanakah cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja melayu....... jawapan : Paksaan .     
* merapu dah * ok, jadi kt sini saya menggalakkan anda2 semua supaya rajin2 lah tambah ibadat dan amal soleh serta pahala di samping tingkatkan keimanan dan tak ketinggalan berdoa dgn ikhlas nya. Hubungan dgn Allah dan manusia tuu jaga baik2. Nak2 lg tgh nak dekat exam ni.

 Semoga amal ibadat kita dpt diterima Ramadhan kali ni. InsyaAllah.
 setakat ni je laa kot post kali ni.., selamat berbuka ! :))



  p/s: 3Harmoni dpt duitraya sorang 2 ringgit drpd ustaz firdaus! terima kasih abah.. :)