Friday, December 21, 2012

PMR. 2O12 (;


Assalammualaikum (;

 Kesian kau blog. Lame dh tk dijenguk. Tkpe2, hari ni aq ade. hahaha XD Tu pun aq tgh bosan, thanks utk Ismail Ghazali, kau telah memberi aq peluang untuk update blog ni.

 Well, dah baca kt atas tu ? Hoho, harap2 tak terlalu lambat aq nk ucapkan tahniah utk semua batch f3 MRSM GEMENCHEH. Result pmr, due date 19 Disember yg lalu. Hari ni bpe haribulan ?!! Aduhhh, tk lmbt lagi. Ok, lame2 nanti kang dah merapu sungguh. Yup, target kami 1.00 sama dgn 179 calon PMR 2012 tahun ni 9A. Itu target yg telah ditetapkan pun Allah jua. Tapi apa-apa pun. Alhamdulillah, nikmat yg Allah dah beri, maktab kami dpt 1.0484. Ye2, tau. dah jatuh dari tahun lepas.. takpalah.. tu rezeki kita, kira dah ok la tu. Jom tengok kita pecah2 ;

 9A = 124 calon
8A = 42 calon
7A = 11 calon
6A = 2 calon

 Tahniah dan tak lupa, sejuta ( berjuta-juta sebenarnyee :P) terima kasih utk guru-guru kami, ibu bapa, semua warga maktab, sahabat2, keluarga kerabat, pakcik2 dan makcik2, Dato' 2 dan Datin2, semua pihak Kementerian Pendidikan, Timbalan PM, mahupun PM sendiri :DD  yang turut mendoakan kejayaan kami. 

Macam mane dgn rank maktab ? Okehh, ni paling best. Alhamdulillah, MRSM Gemencheh nombor tigaaaaaaaa. tk paham ? ok, 3 ((: Ye tauuuu, jatuh jugak dri tahun lepas. Jgn risau, semua maktab jatuh jugak. Ohhh, semua sekali jatuh tahun ni. Jom tengok ni; 


Apa komen anda-anda ? hehehe :P

Tahniah buat MRSM Pasir Salak, tahun ni anda-anda meningkat. Juga buat Alor Gajah (: Tapi ! kan kan kan.., sir Meor ckp ( he's our math teacher, FYI ) klau takde subjek Arab ktorg boleh beat dptkan FIRST RANK. hohoho XD kira okehh laa, ade arab number 3, #banggajap. ishhhh, tk baik riak. Astaghfirullah. 

Btw, for those yg tk dpt A for Arab, jgn mengeluh. JANGAN pernah kau berani kate sbb arab lahh ranking mktb jatuh. Aq kapak kau kang =="  Sekurang-kurangnye kita dah belajar, dah cuba, dan dah usaha. Ingat, Bahasa Al-Quran, bahasa syurga. #BahasaJiwaBangsa :PP 

Okehh, pape pun. Tahniah lagi skali. ahli h/r ni punn aq still tktau bpe org dpt straight 9A's. tpi for sure, 22 out of 29 candies from our class manage to get 9A's (: Nk tau mne aq dpt ? Tengok orang laa, aq hebat. Ecehhh, tkde lahh, ni ah, kt kelas 04. Boleh bukak ? okehh, cantekk. Bace laa, isinya same je punn. hahaha :DD 

Itu je aq nk cerita, tahniah lagi sekali buat semua. Ehh, jap. Baru teringat. Jangan risau, aq tak lupa kawan. Ecehhh :PP Ni ha, sorang kawan aq ni dia pergi Mekah, buat Umrah, kjap. 


Ni masa on the way kot, kt airport lagi. 


Ni diaaaa, para Huffaz kami yg selamat sampai di tanah suci. Alhamdulillah.

 Lupa pulak, nme kwn aq tu Amirool Iltizam. cari lah, kau kenal dia kan ? hahaha. Mehh sini ceq habaq satu-satu. tu diaaaaa, dah bunyi utara dahh. hohoho.
 #darikiri; Nadzmil, Syauqi, Ie Zam !! Daniel, Zakaria, Naim, Ckgu Kadir (HEP kami), Ustaz Muslim, Diyana Nadiah, Amalina, Hannim (:  

 Semoga selamat kembali XD

   


Tuesday, November 27, 2012

Memaafi dan Berbudi

Assalammualaikum.

 Eheh, someone needs to answer me then. Siapakah ? Siapakah ? Siapakah ?!! #curiga jap.
Ada org dah tukar description blog. Never mind, teruskan. (:

Ntah la, aq tak tahu kalau2 bnde ni bosan. Nak baca dah, taknak baca sudahh. But for me it's interesting (:

MAAFKAN DAN LAKUKAN KEBAIKAN.

Tiada seorang pun manusia yang terlepas daripada dosa. Oleh sebab itu, saling memaafi sesama manusia perlu disuburkan. Kemudian, menyusuli kemaafan dgn melakukan perkara yg makruf. Firman Allah ;

"Pilihlah kemaafan, dan suruhlah orang di sekelilingmu melakukan yang makruf, serta berpalinglah dari orang yang jahil" (al-A'araf 7:199)

Islam mengajar kita bahawa kelemahan manusia perlu ditangani  dengan dua sikap utama iaitu memaafi dan berbudi. Memaafkan itu berfungsi utk menjaga silaturrahim, manakala berbudi itu berperanan utk membimbing manusia menjadi lebih baik.



 Bagaimana pula dengan akhlak kita ? Pemaafkah kita dgn ibubapa dan adik-beradik sendiri ? Atau kita merasakan dunia kita tidak sama dengan dunia Rasulullah SAW ? 
Ingatlah pesanan Rasulullah, maksudnya; "Bertakwalah kamu di mana-mana sahaja kamu berada, dan susuli setiap kejahatan dgn kebaikan utk menebus kesilapan itu, dan serta berakhlak dgn manusia dengan akhlak yang baik" (Riwayat al-Tirmizi)

Justeru, jadilah manusia yg cuba untuk memaafi dan berbudi sehabis daya. Mudah-mudahan dengan berbudi itu akan mendekatkan lagi kita dengan syurga Firdaus. InsyaAllah (:

Jom :) Dah azan Asar. Selamat beramal ! 

Saturday, November 17, 2012

Birthday (:

Assalammualaikum ;)

 Salam Maal Hijrah.
1434 H. Jom sama-sama mengubah diri ke arah yg lebih baik. InsyaAllah.
 Masuk tahun ke-16, tak lama lagi dah. Untungnya masih lagi muda- remaja kan ? Untuk kali ni, jom buka mata luas2 ! sebab masa tgh muda ni lah masa yg amat sesuai utk timba ilmu banyak-banyak. Bila dah banyak ilmu, kita kenalah amalkan apa yg ditimba tu supaya tk tertimbus smpai tk nmpak. Macam kambus kt depan tapi belakang tertimbus balik. Ruginyaaa kambus penat2 T.T
Baik. Mengamalkan apa yang dipelajari tu lahh yg kita namakan- enjoy dgn ilmu !

Tau tk kenapa aku saja nk cerita mcm tu ? :) Sekadar perkongsian. Kita kan tgh remaja sekarang, muda masa utk enjoy dgn ilmu ! Jom kongsi ramai2. HaHaHa,

bosan makin lama duduk kt rumah, tk rindu ke kerja sekolah balik ? Klau tak dah tentu kena mengira, menulis, perah otak cari idea utk esei punn mungkin. Tu lah hakikat dah habis pmr. Boleh kira sendiri berapa hari lagi nk ambil result. 9A kami datang ! Amin ~

Pagi tadi bukak fb, ehh ade someone tu punya birthday lah harini ! Homeroom aq pulak tu kan. HeHeHe :P Izzuddin Adlan, if you're reading this, kau patut bersyukur ada kawan sehebat sebaik aku. For publishing this new post, i have to close all the tabs that i opened. Internet lambat sememangnya yg teramat sungguh --"  klau boleh lumba dgn siput pun kau kalah, tenet.
Apapa-apa pun, Selamat Hari Lahir, kawann :)



 #presenting, si budak birthday;

 


cuba cari, mana dia ! mana dia ?!!
 
 
 
 
haha XD
 
Selamat Hari Lahir yg ke-15. ( aku lg tua dri kau, so, do respect :P )
May Allah bless,
berjaya dunia akhirat,
murah rezeki,
semoga dpt capai keputusan pmr as your parents wishes,
last2, baik selalu :P
 
 

Sunday, October 28, 2012

-Officially Graduated-

Assalammualaikum!

 Sebelum terlambat ;
   SALAM AIDILADHA 1433H :)

 Banyak daging dah telan ? Hehehe :p

Ok, sebenarnya kali ni nk cerita pasal Majlis Graduasi MRSM Gemencheh. Selamat bergraduasi kepada semua pelajar Ting. 3 & 5 yg layak ! Tahniah ! Sistem graduasi antara satu sistem yang dijalankan di seluruh MRSM. Bezanya dgn sistem sekolah kementerian biasa cuma sistem graduasi merupakan pengiktirafan bagi pelajar Tingkatan 3 dan 5 yg telah berjaya memenuhi syarat pendidikan sepanjang belajar dalam sistem pendidikan MARA.


Dan pada pagi bertarikh 24/10/2012 , seramai 343 pelajar MRSM Gemencheh yg terdiri drpd 179 pelajar Ting 3 dan 164 pelajar Ting 5 telah layak digraduasikan. Tahniah khususnya kpd semua pelajar f3, berjaya mencipta nama sejarah 100% layak graduasi !


 <<<<<<<<<<<<<ULTIMATE ACHIEVEMENT>>>>>>>>>>>
 
 



 

Saturday, September 15, 2012

silaturahim kekuatan seorang mukmin

AGAK-AGAK RAMAI TAK ANTARA KITA YANG BERGADUH ??????

Cuba kita renungkan sebentar, mengimbas kembali perkara-perkara lalu yang pernah kita lakukan......


  • Adakah pergaduhan kita mengundang akibat sebegini>>>

                                                                         
Namun sedar tak kita bahawa insiden seperti itu akan menimbulkan kejadian saling tidak bertegur sapa dan bermasam muka juga menyebabkan terputusnya silaturahim antara umat...Inilah fenomena yang bukan sedikit berlaku dalam masyarakat kita .

  • SEBENARNYA,,ayat Allah sangat perlu kita renungi sebagai peringatan kepada kita bahawa pentingnya silaturahim dalam membina kekuatan Islam.
Allah berfirman :"Maka apakah kiranya ,jika kamu sekalian berkuasa ,kamu akan membuat kerosakan di                          muka bumi ddan memutuskan hubungan silaturahim?Mereka itulah orang yang dilaknat Allah dan dipekakkan telinga mereka dan dibutakan penglihatan mereka."(Surah Muhammad,ayat 22-23)

Rasulullah juga ada memberikan amaran keras kepada orang yang memutuskan sialaturahim dengan ancaman tidak dapat memasuki SYURGA di akhirat kelak..
Baginda juga berpesan :"Tidak dibenarkan bagi seorang muslim untuk meninggalkan saudaranya (tidak mahu bercakap dengannya kerana benci)lebih tiga hari."(Riwayat Muslim)

Namun ,apabila selepas tiga hari ,apakah yang akan terjadi kepada diri kita ,jika kita tidak memaafkan kesalahan seseorang itu???Tentulah hati kita akan ditawan syaitan dan kita seolah-olah menjadi kuda tunggangan syaitan laknatullah.Insaflah wahai sahabatku !!!!Insaflah dengan menerapkan sifat suka memaafkan agar kita diredai Allah..

Ingatlah sikap mudah memaafkan kesalahan orang lain adalah ciri orang yang bertakwa dan Allah tidak suka orang yang berlaku zalim.Hanya orang yang zalim sahaja tidak memaafkan orang lain..

Oleh itu,saya sangat berharap agar kita saling memaafkan kesalahan orang-orang yang telah berbuat kejahatan kepada kita.Jauhilah sifat benci dan kawallah nafsu amarah kita semoga kita tergolong dalam golongan yang bertakwa..
                          THIS POST IS SERIOUS 
                                                                                                                               Disediakan oleh,
                                                                                                                                            PRES

Thursday, August 30, 2012

Happy Birthday, Malaysia :)

Assalammualaikum !

Guess what ? Waah ! Hari ni 31st of August 2012. Happy Birthday, Malaysia :)   ok, sorry. HAPPY 55th MERDEKA DAY . We should be proud :D  because here, we have this ;
 
 
 
kenal ? for sure lah, thats our proud ; PETRONAS TWIN TOWER ;)
 
        One of the tallest tower in the world, disambungkan pada tingkat 41 dan 41 dengan menggunakan satu jejantas yang berukuran sepanjang 58.4 meter. Menara ini telah dibina untuk dijadikan ibupejabat korporat PETRONAS (thats why PETRONAS twintower) dan juga sebahagian daripada projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC). Menara 88 tingkat ini direkabentuk dengan prinsip geometrik yang mengutamakan ciri-ciri senibina Islam. (WAAH !)
 
Next, presenting ;
 
 
KLCC's best buddy.. ngehehh :p called; MENARA KUALA LUMPUR.
 
   Menara Kuala Lumpur setinggi 421m adalah menara telekomunikasi keempat tertinggi di dunia. Dibuka pada 1996, menara ini menampilkan rekabentuk bercirikan seni tradisi Malaysia dan Islam. Menara ini direkabentuk oleh Kumpulan Senireka Sdn Bhd dan dibina oleh firma Wayss & Freytag dari Jerman.
 
 
 
Lagi2 .. ;
 
 
 JAMBATAN PULAU PINANG.
 
 Jambatan Pulau Pinang merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Ia adalah sepanjang 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Ia menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang dengan tanah besar semenanjung di Seberang Prai.

Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia.
 
 
Ada lagi lahh !
 
 
tahu tak ni ? Menarik ! Located at the theme park,
KERETA KABEL GENTING SKYWAY.
 
 Perkhidmatan kereta kabel Genting Skyway di Genting Highlands, Pahang adalah sistem kereta kabel terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara. Sistem ini merentangi jarak sepanjang 3.38km (gilaa panjang tak panjang tuu ..) dari stesennya di kaki bukit hingga ke hotel peranginan yang terletak 2,000m dari aras laut. :o Sistem ini juga merupakan sistem kereta berkabel tunggal yang terpantas di dunia – setiap gondola yang boleh membawa 6 penumpang itu boleh bergerak pada kelajuan maksimum 6m sesaat atau 21.6km sejam.
 
 
Layann .. ;
 
 
WAAHH ! Im proud to be a Shah Alam-ians. Hee :D
MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
 





 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di bandaraya Shah Alam, yang boleh memuatkan 24,000 pada satu-satu masa, adalah yang masjid terbesar di Asia Tenggara. Masjid ini juga mempunyai menara tertinggi dan kubah rumah ibadat yang terbesar di dunia. Kubahnya mempunyai ketinggian 106.7m pada puncaknya dan bergarispusat sepanjang 51.8m. Masjid ini siap dibina pada 11 Mac 1988.
 #new facts :o #
 
Next.. ;
 
 
Kenal suasana dalam ni kt mne ? Pernah masuk ? Haa.., nilahh
LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR
 
(KLIA) yang terletak di daerah Sepang, Selangor, 50 kilometer dari Kuala Lumpur adalah lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Malaysia. Dibuka pada tahun 1998, ia juga merupakan hab utama bagi Penerbangan Malaysia dan AirAsia. Cogan katanya lapangan terbang ini ialah "Membawa Dunia Ke Malaysia Dan Malaysia Ke Dunia" . Lapangan terbang ini berkonsepkan "lapangan terbang dalam hutan dan hutan dalam lapangan terbang". Keadaan ini dapat memberi ketenangan kepada penumpang dan memperkenalkan suasana hutan Malaysia kepada pelancong luar negara.
 
Last one ! ;
 
 Kenal tak kenal, thats PUTRAJAYA.
 

Putrajaya, bandaraya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan.Berbanding dengan Kuala Lumpur, sebuah bandar tinggalan penjajah, Putrajaya dibangunkan oleh anak bangsa sendiri dengan bercirikan budaya tempatan. Mula dibina pada 16 April 1995, Putrajaya akan menggunakan aplikasi teknologi maklumat (IT).

Putrajaya seluas 4,931 hektar ini dibangunkan dengan kos RM20.5 billion mengandungi Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Perumahan, Kemudahan komersial, kemudahan sosial dan kemudahan keagamaan.
 
  Jelajah Malaysia. Saya berbangga sebagai Anak Malaysia. haha, ehh, dah merdeka kne la tau tema tahun ni. agak2 amnde ah ? nk tahu ? mehh, tekan sini ! 
 Once again; 
 Happy Independence Day, Malaysia. Terima Kasih Pahlawan Malaysia ! 
 

Sunday, August 26, 2012

Oh My English !

Assalammualaikum !

 Seronok gemencheh cuti lagi seminggu ;D untunglaa ~ hehe.,
 kali ni pun post suka2. baru tgk Oh My English ! << tkn sini ! :)

episod 8 ; OLIMPIK

nk tahu 'origin' ? haa, meh sini baca !

If you are from ....

MALAYSIA ; Malaysian
KOREA ; Korean
JAPAN ; Japanese
INDONESIA ; Indonesian
THAILAND ; Thai
CHINA ; Chinese
AMERICA ; American
NETHERLAND ; Dutch
FRANCE ; French
ENGLAND ; English
SWEDEN ; Swedish
ARAB ; Arabic
TAIWAN ; Taiwanese
BRITAIN ; British

 Bunyi mcm kelakar kan ? But thats a fact ! Rajin2 la tgk OME :) Learn English, its awesome ! Nk tgk episod2 menarik ? Once again, click here !

 
tahu tak ? See Yew Soon awesome ! <3 ;)
 

Saturday, August 25, 2012

Sepasang Mata Yang Tercipta

 Assalammualaikum ! Salam syawal :)

   Raya dah habis, tp syawal masih ada. hee, byk duit raya kutip ? ngehh. dah tua besar punn nk kecoh duit raya. Hee xD

Post sekadar untuk perkongsian bersama. Sama-sama kita manfaatkan, insyaAllah.

SEPASANG MATA YANG MENANGIS

 Kelihatan beberapa pasang mata sedang sibuk bertanya khabar sesama mereka.
MATA 1; Deras sekali air mata engkau mengalir. Mengapa engkau menangis?

MATA 2; lelaki itu tidak setia. Dapat madu,sepah dibuang. Rupa-rupanya si perempuan hanya bertepuk sebelah tangan. Mata 3, engkau juga senasib denganku ?

MATA 3; Oh tidak. Tuan aku sedang menghayati cerita Hindustan. Sekarang sedang klimaks cerita !

MATA 4; Ah, tuan aku gagal dalam peperiksaan ! Ini bukan kali pertama dia gagal. Dia benar-benar kecewa.



Setiap manusia dikurniakan sepasang mata. Airnya mengalir diesebabkan gembira, apatah lagi berduka. Begitu unik apabila Allah menghubungkan antara perasaan, mata dan air mata. Apabila seorang pelajar mendapat keputusan yang membanggakan dalam peperiksaan, air mata mengalir kerana meraikan kegembiraan. Seorang anak yang kehilangan ahli keluarga pula, air matanya gugur kerana kedukaan yang menyesak dada.

Menangis dan mata seperti mulut dan bicara. Ia adalah anugerah Illahi yang tidak dapat dipisahkan sama sekali. Isunya bukan hanya pada lelaki yang curang, ataupun pelakon dalam cerita-cerita yang kebanyakannya melalaikan tetapi manusia yang mengizinkan air mata mengalir bukan pada jalan yang tepat ataupun tidak diredai Tuhan.

Mengapa air mata mengalir ? Kecewa kerana putus cinta ? Orang lain lebih berjaya ? Kehilangan duit ? Tiadakah kerana menyesali dosa-dosa ? Menangis dan lebih sibuk mencari kekurangan diri semasa bersendirian. Bukan rendah darjat orang yang menangis. Meneliti teladan Baginda Rasulullah SAW, ternyata baginda lebih banyak menangis daripada ketawa. Baginda menangis kerana memikirkan kurangnya ibadah, walaupun berlapar perut dan luka-luka di kaki akibat beribadah. Baginda menangis kerana risaukan iman umatnya yang kerap goyah. Dan yang pasti Rasulullah menangis lantaran takut kepada Allah.

Jika Rasulullah sedang gembira pula, baginda hanya tersenyum dan tidak ketawa berdekah-dekah. Selalu juga Baginda meningatkan manusia; mereka yang banyak ketawa di dunia, bakal menangis di akhirat.

  • Menangislah kerana rasa kerdilnya menjadi hamba. Itu lebih baik daripada menangis kerana rendahnya darjat berbanding manusia yang berpangkat.
  • Menangislah kerana gagal tunduk kepada Tuhan. Itu lebih baik daripada tidak serik mencari kepercayaan dan kehormatan orang.
  • Menangislah kerana bimbang hilang cinta Ilahi daripada menangis kerana hilang cinta wanita ataupun lelaki.
  • Menangislah kerana air mata dicipta untuk terus mengalir buat penghilang resah. Itu lebih baik daripada memiliki hati yang keras.
Dan rupa-rupanya Allah suka apabila manusia menangis kerana itu menghubungkan manusia dengan Dia ! Maka, semak semula atas sebab apa air mata itu mengalir ?

                                                 info; Gen-Q ;)

Monday, August 20, 2012

Aidilfitri 1433 H

                                  -Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang-

Assalammualaikum wbt :)

  PELITA DIPASANG TIAP-TIAP NEGERI,
TANDA INGATAN DI AIDILFITRI,
KETUPAT RENDANG DIMASAK SUBUH SUNYI,
PULANGNYA ANAK DI PAGI HARI,
                                        MENYAMBUT AIDILFITRI YG DATANG LAGI ...

" Selamat Hari Raya Aidilfitri :) Mohon maaf zahir batin. "

Ni lah kata-kata/ ucapan yg selalu didengar/ dibaca/ dilihat/ diberi marcapada minggu ni. Tahun ni puasa 29 hari, setelah cukup sebulan umat Islam berpuasa, akhirnya tibalah bulan Syawal. Tapi sebelum nk seronok beraya elok la kot klau kita kenal sikit Aidilfitri ni , kan ? :)

 'Aid' bermaksud --> perayaan atau sambutan.
 'Fitri' merujuk kpd--> fitrah. sesuatu yg baik yg semulajadi ada dlm diri seseorang manusia.
 Selalunya apa yang kita faham selama ni 'AidilFitri' merupakan sebuah kemenangan bila kita dah habis berjuang menempuh Ramadhan -.-
 Cukupkah sekadar ucapan; Selamat Hari Raya ? Baju raya baru, lagu raya,lemang, ketupat, rendang, beraneka macam makanan jangan hanya dipandang......... Dan tak ketinggalan :: duit raya ?

Sebulan Ramadhan sepatutnya mengajar kita mengenal diri. Bayangkan, kita disuruh menjauhi dari makan dan minum, perkara-perkara yg membatalkan serta yg boleh mencacatkan ibadah puasa kita. Kenal diri mengawal nafsu (mujahadahatun nafs !) Kenal diri dengan merapatkan diri kepada Allah SWT (taqarrub) dengan nikmatnya ibadah puasa, tarawaih di samping kefarduan lain, yang digandakan pahala oleh Allah. Ramadhan bulan mulia, satu-satunya bulan yg diturunkan Al-Quran, sebagai panduan hidup manusia. Tetapi bukan setakat keIMANan yang perlu dipupuk atau keSAHIHan ibadah yang perlu dihasilkan, apakah AKHLAK MAHMUDAH telah menjati diri ?

"mengawal nafsu itu kewajipan, ibadah itu fardu, mengapa ia perlu diraikan ?"

 Tepuk dada tanya iman, adakah Aidilfitri yang tiba menjadikan diri kita MUSLIM YANG LEBIH CEMERLANG?

Apa-apa pun, selamat berHari Raya :D
Salam Syawal.

Saturday, August 18, 2012

Ukhuwah Fillah~


-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang-










      



HARMONI 10/11/12 :)

*Post sekadar suka-suka*

Thursday, August 16, 2012

Selamat Kembali !

Assalammualaikum..

 Back to the top; Welcome home ! seronok dah cuti nak raya ni.. cuti baru mula semalam, so semua balik 2 minggu. wait ?! 2 WEEKS ? ohh, haah. 2 MINGGU. nampak tak tu ? haha, cuti smpai 2 Sept sbb MRSM Gemencheh jd tuan rumah utk .............. (okay fine. lupa lahh ape nme program tu) =='' haa, sbb tu lah. hehe,

 Tp klau dah nme f3, balik rumah takde  duitraya homework bukan cuti la nme nye tu. Last day semalam cikgu wanie siap bg jadual lagi tuh. Padan muka kau. wahahaha.., heshh, astaghfirullah. harap2 pelajar2 f3 sekalian dpt gunakan masa cuti anda2 sebaiknya :)

 Cerita pasal kerja teringat pulak pasal exam last week. yeah, f3 dah lepas TRIAL PMR, MARA punye lg tu. fuuhh, seram kot. we've  ended our exam with a not so good result. apa2 pun, hope semua dpt yg terbaik. Well, Allah knows the best :)

insya Allah :D

 Disebabkan sekarang kita dah masuk fasa ke-3 Ramadhan, means 10 hari terakhir. kejap je kan ? pejam celik tidur makan minum exam bagai, nak raya dahh rupanya. hehe, jadi kt sini saya memaksa- mcm soalan sejarah; Bagaimanakah cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja melayu....... jawapan : Paksaan .     
* merapu dah * ok, jadi kt sini saya menggalakkan anda2 semua supaya rajin2 lah tambah ibadat dan amal soleh serta pahala di samping tingkatkan keimanan dan tak ketinggalan berdoa dgn ikhlas nya. Hubungan dgn Allah dan manusia tuu jaga baik2. Nak2 lg tgh nak dekat exam ni.

 Semoga amal ibadat kita dpt diterima Ramadhan kali ni. InsyaAllah.
 setakat ni je laa kot post kali ni.., selamat berbuka ! :))



  p/s: 3Harmoni dpt duitraya sorang 2 ringgit drpd ustaz firdaus! terima kasih abah.. :)

Saturday, July 21, 2012

Ramadhan 1433

Assalammualaikum,

 Selamat kembali ke rumah tersayang :) Mcm seronok pulak, blek cuti 2 hari berbekalkan kerja sains. menarik ! Taknak byk cerita pun. sje nk menyemak kt post ni ==" well, tak kesah laa.

 SALAM RAMADHAN :)
nmpk tu ? yelah, puasa dah rupanya. kjap je kan ? Apa2 pun, selamat menjalani ibadah puasa.


 Selamat beramal. jgn lupa ;

 10 hari pertama- KERAHMATAN
 10 hari pertengahan- KEMAAFAN
 10 hari terakhir- PELEPASAN DARI AZAB API NERAKA

         SELAMAT BERAMAL. :)



Assalammualaikum.
p/s: ktorg dah dpt baju h/r ! haha,

Wednesday, June 6, 2012

Tahniah !! :)

ASSALAMMUALAIKUMM ! :)

jawab tau. hehee~ ok, disebabkan harini dahh hari khamis, so nk cerita pasal ..
Result Final Semester1, 2o12 Examination


waah. teruja ada, seram punn ada. haha, apa-apapun tahniah bagi yg dah berjaya, bagi yg belum. No worries ! Teruskan usaha utk TRIAL pulak lepas ni. hehehe....

~Setiap hasil yang diterima mesti setaraf dengan apa yang telah diusahakannya~

Ok2. Bukan tu pun nk teruja sangat, sebenarnyaa nk cerita pasal nii..............................................
kjap2. Tgk gambar ni dulu lahh :D



*mohon share Abi Sholiheen :)


Senarai nama 10 pelajar terbaikk. Nak detail lagi, tengok yang ni tau ! :D



Haa.. tu dia. Sorang ahli Harmoni ada lahh kat situ. Hmm, tahniah
ALISYA RAIHAN ABD RAHMAN ! :)

Beliau (bagi pghormatan sikit :p) telah berjaya menggonggol memperoleh gred purata sebanyak 3.99. Yayy ! Tahniah sekali lagi. Di kesempatan ni jugakk, tahniah buat Nur Amalina dan Alifah Nafisah kerana berjaya megharumkan nama maktab :D Alhamdulillah, pencapaian f3 pada kali ni agak memberangsangkan kerna berjaya meningkatkan Gred Purata Maktab kepada 1.5369.


Tahniah..tahniah..tahniah. Juga buat SEMUA warga pendidik MRSM Gemencheh yg bersusah payah dalam usaha utk melahirkan bakal2 pemimpin negara.

TERIMA KASIH CIKGU,
MAAFKAN KAMI CIKGU,
HALALKAN ILMU YANG DIBERI CIKGU,


DOAKAN KAMI CIKGU,
KAMI SAYANNNGGGG CIKGU ! :) 



Tuesday, June 5, 2012

KEM PG TING3 -Strikers!!-

Assalammualaikum.

 Haha, utk kesekian kalinya lagi, jumpa utk post yg terbaru.
Kali ni aq nk cerita pjg sikit. Dahh, bdk2 lain taknak update, biar aq monopoli  handle jap. sementara jea :)

ok2, nk cerita pasal  KEM PROGRAM GEMILANG TING.3 ohh, sebelum tu, f3 semua kne tahanan maktab kjap. o.0 haha, gurau. kne tahan balik laa. Takk paham lg.? fine, balik lambat sbb ada kem kt Felda Bukit Rokan. Tapi syg, sorang member takda, hilang kott. :D  Betul ckp, kem ni syok habiss !!
Masa kem semua kne bahagi dlm kumpulan. mula2 ckgu buat saspen jea, ckgu kate mungkin kumpulan tuu kamu takk pernah jumpa dgn ahlinya.. means mcm tak same h/r, x sme kelas, x sme pape je laa. Ok, tpi seronoknyaa kumpulan kt kem tu ikut homeroom. wee~ :)

   Nama kumpulan : Strikers (takktau mne dpt ilham tuu =.=)

masa ni tgh buat cheers.

aktiviti 1st lah, mola-moli, masa ni lah kne buat cheers, perah otak nk pk nme grup kjap. :p malam tu pulak 9lps dah habis slot) semua dgn gembiranya masuk bilik ala-ala hotel tuu. teruja coz dlm bilik ade aircond.. haha.
Besoknya.. slot dgn ckgu Harlina then terus dgn slot ckgu Fauzi. 

pres h/r jdi mangsa kjap time slot ckgu nie :)

Lepastu klimaks the best part mase kem ; Amazing Race ! masa nilahh semua h/r bersekepala buat sementara. unite kjap o.0 mcm2 aktiviti ktorg buat time tuh.
 
kawad kaki- Ustaz Ridzuan
*arif conduct wooh !*
baling kelapa- Ckgu Harizal

Jln kat batu- Ustaz Huda

Puzzle- Ustzh Yusniza

Panjat tembok- Sir Taufiq

Tiup tepung- Cg Manja
Sudoku- Sir Meor

Ok, so setelah penat memerah keringat  dan berjaya keluarkan peluh masing2 :p tuptaptuptap ok, Harmoni dpt tempat ke -------->> 1o wee, tahniah laa. heheh, dpt tmpt jugak kan.? haha.

Hadiahh? ehh, hadiah mana ? Huissh, ok lahh, disebabkan dah berjaya, hadiah merupakan hamper spt yg dipegang ISMAIL di bawah ; hehe
(tepuk tgn sket~)

nampaknye sampai situ jelaa kem pg utk tahun ni. Lepas ni nk seronok tggu Migty pulakk. lame lg tuhh, after pmr. haha :) Setinggi-tinggi penghargaan buat cikgu2 ajk PG PMR espesyeli ckgu wanie* :)


*yg belah kiri :D