Thursday, December 12, 2013

Kita Kejar Apa yang Kita Nak

Assalammualikum wbt ! 

 Bismillahi,


Lama tak jumpa woi, saya ni dah la pantang blog ni takde nak update yg baru kan. Fuhhhuhh :3 Tahu tak kat shah alam sekarang tgh hujan. Alhamdulillah (': orang kata apa tu ? oh yeah, hujan membawa rahmat kan ? Hehehe, so daripada saya membuang masa saya yang berlalunya seperti emas ni (cewahh) baik saya guna emas2 tu. Anyway abaikan, kemaruk sangat dah lama tak tulis story kat orang merapu banyak sikit -.- 

"A journey of a thousand miles begins with a single steps" 
-Confucius- 

Agak2 pernah baca tak ? Pernah terfikir tak ? Pernak terasa tak ? Pernah impikan tak ? Pernah termakan tak ? Dan pernah segala-galanya tak ? :D Well actually, tajuk tu takde kena mengena pun, saja nak tunjuk gitu. Hee :) Let me tell you a story, about 3 IDIOTS.
Pernah tengok kan ? Saya tau la, toksah tipu dgn cek. Tagline "All Is Well" tu kan ? Hahaha, for those yang dah tgk, Im sure we have a lot of things to learn from the movie. It was quite inspirational for me. 
Kalau nak tau sinopsis dia, meh   >>click sini<< 


Saya highlight sikit. Rancho's passion is for knowledge and taking apart and building machines rather than the conventional obsession of the other students with exam ranks.

Saya jadikan watak Rancho sebagai topik utama. Firstly, he wants to be an engineer. Secondly, he studies for the sheer joy of it. If you know what I mean. Nampak kan last cerita dia macam mana. The 3 friends achieve their dreams. Tahu tak kalau kita buat satu benda tu bersungguh-sungguh, dan itu memang niat kita nak buat InsyaAllah, Allah bagi. Tapi dengan syarat, jadi diri kita sendiri :) 

Contoh kita katakan, bola sepak tak reti tapi hebat basketball. Tup tup nak jadi footballer, memang tak ah. At least kena ada usaha, latihan ke. Tapi kalau dah bakat memang basketballer, so go on. The more your practices the more you improve. Paling dekat ni ah, exam. SPM sayang. Haha, ingat jugak, kita belajar biar niat nombor satu dulu "Lillahi Ta'ala" (': kalau niat nak straight A+ spm, doa hajat restu bagai2 nah kau, itujela yang dapat. Cer kalau tukar sikit, niat sebab Allah, konfem pegang ilmu tu sampai mati. Kan best camtu, ye tak ? 


So saya nak pinjam 10 minit, boleh ? bagi yang tak tgk lagi tula. This is the best scene that how................*Everything has changed* 




Sweet kawan gitu kan ? Hahaha, jagalah kawan sebaik-baiknya sebab seorang mukmin itu cermin kepada mukmin yang lain. 
Lepastu saya dah takda idea dah nak cakap apa, anyway I'll rate this movie with 9by10 tau. Best woah. Haha, 

Apepun, 
kalau ada sumur di ladang,
boleh saya tumpang mandi.
Kalau ada umur yang panjang,
boleh kita jumpa lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :D

Happy Holiday guys ! *kenang daku dalam doamu (:

Monday, October 14, 2013

Salam AidilAdha !

Assalammualaikum wbt,

 Long time no see, do you miss me ? Ecececehhh, jkjk :P
So, di pagi raya ni tetibe tergerak hati nak bukak blog yang ku sayang ni xD [Sangat lahh] Walauapa pun,

#SalamAidiladhaTo You ! 


 Sape balik kampung mehh sepp sikit. bwahaha :D yang tak balik pun takpe. cuti sekejap je kan. dah makan daging ? sape takk makan lagi mehh sepp skali lagi. :P Gaya cam tak penah makan daging pulakk ye.  Hari ni binatang2 Al-An'am disembelih. konfem masuk syurga. Kita macam mana ? Jom muhasabah balik.

Sabda Nabi saw: "Bukanlah kaya sebenar-benar itu kaya harta, tetapi hanya sanya yang sebenar-benar itu kaya hati" Kaya hati itu ialah sentiasa berasa cukup dengan apa yang telah Allah kurniakan (:

Selamat Hari Raya, menuju keredhaanNya, insyaAllah.

Jangan lupa naik cuti ni ade Final Sem ! 4 Harmoni jom score 4 flat ramai2. ecehhh xD haritu last ranking no. 3 kot. [Hebakk. Hebakk] try naik lagi 2 tempat ok ? Hehe

bye ! Assalammualaikum ! (:


WE'RE. STANDING. WITH. ONE. NAME (: 
MaafZahirBatin. TeeHee :D


Saturday, August 3, 2013

Salam Puasa !



Assalammualaikum !

#Aku sebagai wakil 4Harmoni 2o13 mengucapkan selamat berpuasa kepada anda2 sekalian. Semoga puasa harini lebih baik dari sebelum ni okay ?  (:
so, dah lama nau tak nmpk beritanya kan , maklumlah bz semata-mata ! Nak exam nak puasa nak tidur nak main nak belaja nak bagai2. Harini pun taknak bebel banyak2 tp nak kongsi sikit :

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw, beliau bersabda:
"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan  & hanya mengharapkan pahala kepada Allah maka diampunilah dosanya yang telah berlalu."
(Riwayat Bukhari & Muslim)
 
 
 
Dapat tak video tu pasal apa ? yup, malam lailatul qadar. Puasa kita pun dah berbaki lagi 4 hari ni, so rajin-rajinlah beribadah . Muhasabah balik ape yg kita dah buat sepanjang Ramadhan ni, mengumpat ke ? Ponteng tarawikh, minum masa amik air sembahyang ke, haha. Mana tau ! Jom semak balik checklist kita. Bulan puasa ni jugak bulan AlQuran. Kenapa ? Sebab AlQuran diturunkan dalam bulan Ramadhan. Doublekan lagi amalan kita dgn tadarus, insyaAllah. So, amacam tadarus ? Dah khatam ? Alhamdulillah kalau dah. Belum ? Lekaih cek, pulun 30 juz jugak naa. Baru namanya student mrsm gmc ua. Kan3 ? Hehe,
 
 
Akhirul kalam, jadikan bulan puasa sebagai bulan ibadat, bukan bulan penat tahan lapar tau. Semoga hari-hari anda diberkati dan dirahmati Allah, jumpa lagi xD
 
 
 


Friday, May 24, 2013

Harmoni masuk paper ?!

Assalammualaikum !

Ceiii, tajuk kt atas mcm gempak je ? Ok2, ape2 pun. Selamat kembali ke rumah dan bercuti sekolah. Kali ni memang cuti habis sbb takde homework yg dibekalkan. Ehh tak. murajaah sentiasa ye, jangan lupeee ^^  Macam mana exam ? hoho, tak perlu dibuat cerita selagi tk dpt keputusan la. Okkkk ;)

Meh sini nk cerita pasal kami. Haha, nmpk gambar ni ?

 
agak2 tgh kat mana ? teka laa. Teka lekaihh. Dak dapat ? Ni cek nk habaq mai, tanggal 31 bulan 8 limapuluhtujuh 19 hb Mei 2o13, hari ahad. Bersaksikan matahari (ecehh) kami-kami homeroom 4Harmoni '13 tlh mengadakan aktiviti khidmat masyarakat yg sememangnya dipaksa utk melakukan demi mktb kami yg tersyg ni. (wui, bm terabur) Eheh, terpaksa ke ? Nmpk beno tak ikhlas nye tuu.. Gurau2 je. Hehe,
 
 
 
abang2 kita :D
 
akak2 kita ;)
 

 
tuan rumah. Cehh, sumbangan dari kami tuu.
 
 
Masa ampai yg laki cat rumah dan yg pompuan kemas dlm rumah. sapu, lap tingkap, kibas karpet. Fuh fuh, penat wei. Dlm bpe jam tah, tetibe yb sampai. Sempat lg tu bergambar dgn beliau, jgn main2. Kami masuk sinar harian tu! (Alahh sinar je pun) apee ? Kau igt senang ke nk masuk paper, eleh. Kami takde bukti tp yg pastinye kami tk tipu la ! Tak caye dah, bukak balik sinar harian yg selasa punye.
 


 
 
Lepaih penat, rehat jap minum nescafe (bibah buat tuu) haha. Dalam tengahari, yg pompuan masak. Masa ni la baru nk tau potong bawang, kupas kentang, tumbuk cili. Nadiah aka Nano parut kelapa tuu. Fuyohh :o hahaha !
 
 
 
Menu utama kami ; ayam masak lemak cili api. Sambil2 tu gak, yg laki baca tahlil. Lepas tu, menjamu laaa. Alhamdulillah, kenyangg. Sedap la tu en ? Haha,  Dh selesai bagai2, kami pun mintak diri utk balik ke maktab. Selesai sudahh kerja2 :D
 






peace basyir ! xD



 




 
Terima kasih atas komitmen yang diberikan ! Tinggal lagi 3 khidmat msyrkt utk sem 2 lepas ni. Anyway, laporan ni tak hantar lg kat cikgu, sapee la s/u bertuah tu.
 
 
 

 
 




Friday, May 3, 2013

Assalammualaikum !

 Selamat pulang kembali, buat kali keduanya utk bulan ni. bagi aku la, hoho :P Malam ni nk lepas tensyen main keyboard kat sini. Takde la tensyen mane pun, saje action lebih. Anywayy, trimas byk2 la utk sahabat2 aku yg tolong update post2 sebelum ni *sape telan gula dia yg rasa manisnye~ erh?*

Soooo, how's exam ? Alhamdulillah ? Tahniah laa ye, tapi kalau tak pun. no worries, after2 this byk lagi exam kita nk kena tempuh, so jihad la banyak2. #Whatever you do, do it well, okeh ? HAMPIRR lupa, nasib baik ingat. lagi 2 minggu nak Final Sem dah. Ehh tak, seminggu kot. YUPP. A WEEK. and 7 DAYS MAKES A WEEK #takenote please
And guess what, lepas habis final sem dah cuti sekolah, pastu ? masuk bulan Jun, maka langkah lah kami ke semester 2. Cepatnya masa berlalu wehh. Lepastu dah tahun depan, pastu dah spm, pastu ? dah dewasaaa xP hahaha. *I wish i'm sixteen forever*

Maaf  la tak ckp pulak, kami balik cuti ni sbb cuti umum. dah dekat2 PRU, sbb tu la. Bukannye boleh ngundi pun, tp nk buat cane en, ckgu2 sume balik so takde sape nk jaga kat maktab. Nak cerita pasal politik ke ? Maaf lah, aku tak main politik. tak suka. tp kalau budak laki boleh la kot. laju je, hahaha xD

Dan, carta kami dah bertukar ! dari presiden, vice dan ke bawah. Yang lama2 dah pencen, retired. Aku harap homeroom kita tahun ni membanggakan sikit. Markah homeroom dah meningkat ok! ingat sikit, haha. Tahniah2, kekalkan. InsyaAllah ;)

Apepun, selamat bercuti. Jangan lupa homework kamu2, kalau tak siap tu tak reti la nak cakap ape. Sbb kau tu bukannye 21 tahun lg nk pi mengundi pun. Alquran jangan tinggal okeh ? banyak2 la tasmik, dpt khatam tahun ni. Oh ye, tahniah utk Amir Rushaidi yg dah khatam :) Untunglahh dpt habis mase bezdey sendiri.
May Allah bless, including to you who're reading this :)



Friday, March 22, 2013

acTiVITy WeeK.

OKAY ., assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh!
sila jwab salam salam saya, moga ALLAH merahmati anda semua., aaamiiiinnnnn...
so., nak post psl minggu yg tlh saya nyatakan di atas. bukan nak membebel ngarut2 pon., nak post gambar sahaja :D


sementara para si comel ni menunggu untuk dijemput,





memasak di rumah miss SITI~






haaaa! curi tulang yeeee?? :P




maka terhasillah benda ini.. hasil gabungan P dan L.,


TAMAT SUDAH... oklah, gambar penutup mesti ade! jeng!!~

*encik zam*

see you soon :3



\

Friday, February 8, 2013

KHUTBAH MAULID NABI (hayati isi dan resolusinya)

 MAULIDURRASUL S.A.W PEMANGKIN KESATUAN UMMAH

    السلام عليكم

    الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ  أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  …أَمَّا بَعْدُ

    فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …

    Wahai hamba-hamba Allah ! Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

    Saya  menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian  agar  kita  sama-sama  meningkatkan  ketaqwaan  kita  kepada  Allah  dengan  melakukan  segala  suruhanNya  dan  menjauhi  segala  yang  ditegahNya. 

     

    Sidang Jumaat yang dihormati sekalian

    Firman Allah dalam ayat  65 surah al-Anfal:

    يـــأيها النبي حرض المؤمنين على القتال إن يكن منكم عشرون صــبرون يغلبوا مائتين وإن يكن منكم مائة يغلبوا ألفا من الذين كفروا بأنهم قوم لايفقهون

    Maksudnya :  Wahai nabi! Semarakkanlah semangat para mukmin untuk berperang. Jika ada dua puluh orang yang sabar di antara kamu nescaya mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar di antara kamu maka mereka dapat mengalahkan seribu daripada orang-orang kafir disebabkan orang-orang kafir itu merupakan kaum yang tidak mengerti

             Kita kini sedang menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal yang telah mencatatkan pelbagai peristiwa penting dalam sejarah umat Islam terutama sekali saban tahun apabila tibanya bulan Rabiul Awwal maka seluruh umat Islam sedunia sama-sama mengingati tarikh kelahiran junjungan besar nabi Muhammad s.a.w rasul bertuah, putera kepada Abdullah dan Siti Aminah pada Tahun Gajah di bumi Mekah sebagai perubah kepada dunia yang kelam dalam kegelapan jahiliah. Kelahiran dan kebangkitan nabi Muhammad s.a.w sebagai nabi lagi rasul akhir zaman telah membawa sinar bahagia kepada umat yang selama ini ditindas dan bermusuhan antara satu sama lain di mana yang kuat memerintah yang tidak berdaya, yang kaya memeras yang miskin, yang gagah menindas yang lemah. Perundangan terletak pada pandangan nafsu bukannya wahyu sehingga dunia menjadi bercelaru kehilangan pedoman dan ketiadaan sistem yang mampu dijadikan tempat rujukan untuk berlindung. Kelahiran nabi Muhammad s.a.w sebagai pembawa rahmat kepada seluruh alam semakin terserlah dengan penghapusan kepada semangat kebangsaan sempit bersesuaian dengan pengutusan nabi Muhammad s.a.w itu sendiri sebagai rasul pembawa agama Islam untuk semua bangsa bukannya dikhususkan kepada sesuatu bangsa tertentu sahaja sebagaimana nabi-nabi sebelum ini. Kekuatan Islam dapat dilihat dengan jelas apabila umatnya bersatu dalam satu aqidah, mengadap ke arah satu Ka’abah, mengguna pakai seluruh sistem berdasarkan satu al-Quran kalimah Allah. Manakala kelemahan umat Islam dapat dilihat juga dengan jelas apabila aqidah umat Islam dipecahkan sehingga ramai yang mengambil ideologi ciptaan kuffar sebagai pedoman hidup serta ramai di kalangan umat Islam menyuburkan kembali semangat kebangsaan yang sempit yang menyebabkan jurang pemisah mula timbul kembali setelah dihapuskan oleh Rasulullah s.a.w. Disamping itu umat Islam hanya menggunakan al-Quran sebagai bahan bacaan dalam mengejar pahala semata-mata sedangkan segala system yang terkandung dalam al-Quran yang turut melibatkan masalah pemerintahan, perundangan, ekonomi, kemasyarakatan  terus diabaikan dan ada juga menerima pakainya tetapi dalam bab yang berkenan di hati sahaja. Inilah antara penyakit yang merbahaya yang timbul dalam masyarakat Islam sehingga mereka dihinakan oleh Allah dengan pelbagai penyakit termasuk peperangan.

     

    Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,

             Apapila menyebut tentang tahun kelahiran Rasulullah s.a.w sebagai seorang rasul berjasa, pemimpin bijaksana, pendakwah setia, ketua keluarga mulia maka ia tidak dipisahkan daripada turut mengingati peristiwa bersejarah apabila Ka’abah Baitullah di Kota Mekah tempat tumpuan ummah dalam beribadat hampir diroboh oleh tentera bergajah pimpinan Abrahah  akibat daripada perasaan hasad dengki yang menguasai diri. Seorang pemimpin angkuh merasakan kedudukannya masih belum sempurna di singgah sana kerajaan Yaman selagi ramai umat manusia terus tertumpu ke Kota Mekah menziarahi Ka’abah rumah Allah walau pun beliau telah membina dan mewujudkan banyak pembangunan di Yaman untuk menarik perhatian ramai. Oleh itu tindakan nekad diambil iaitu Ka’abah mesti diruntuhkan maka suatu bala tentera yang besar dan kuat dikerahkan menuju ke Kota Mekah. Walau pun cuba dihalang tetapi keangkuhan dan kekuatan tentera bergajah pimpinan Abrahah  terus mara. Umat manusia pada masa itu termasuk kaum quraisy pimpinan Abdul Muttalib datuk nabi hanya mampu melihat sambil berlindung disebalik bukit agar tidak menjadi mangsa amukan tentera penceroboh yang ganas. Dalam masa yang begitu cemas masih terdetik di hati Abdul Muttalib untuk pergi bersama di Ka’abah bagi memanjat doa meminta pertolongan daripada Allah Yang Maha Kuasa agar menyelamatkan Ka’abah. Keyakinan bahawa Ka’abah ada pemiliknya iaitu Allah dan kepercayaan yang tidak berbelah bahagi kepada adanya suatu kuasa yang lebih kuat dan hebat daripada tentera bergajah Abrahah iaitu kuasa Allah yang menyebabkan Allah menurunkan pertolongan dengan dihantarkan burung-burung kecil yang melontar batu beracun yang membawa kepada hancurnya kulit tentera Abrahah dan kemudiannya mereka mati dalam penuh kehinaan di dunia dan di akhirat nanti bakal menerima seksaan yang lebih dahsyat. Kekuatan Ka’abah sebagai punca kepada penyatuan  ummah terus berlangsung sehingga hari qiamat. Sebab itulah dengan pelbagai kekurangan dan kelemahan umat Islam yang berpecah tetapi masih ada sinar harapan untuk kembali disatukan terutama setiap tahun ramai di kalangan umat Islam yang mewakili bangsa dan negara datang berkunjung Baitullah di Mekah dalam menunaikan ibadat fardhu haji yang sedikit sebanyak dapat meniupkan semula ruh persaudaraan berdasarkan aqidah yang satu. Maka tidak hairanlah adanya suara bacul daripada pengganas yahudi mencadangkan agar Ka’abah dibom bagi memastikan umat Islam terus berpecah tanpa ada di sana suatu titik untuk kembali bercantum.

             Tindakan tentera Abrahah adalah sama dengan tindakan Amerika pada hari ini yang telah dihasut oleh yahudi dalam menentang umat Islam. Akibat bimbang umat Islam akan kembali kepada ajaran Islam yang menyeluruh yang boleh membawa kepada kurang bergantungnya umat Islam kepada system ciptaan kuffar terutama yahudi serta betapa tergugatnya kedudukan negara haram Israel jika umat Islam kembali bersatu atas dasar iman dan taqwa menentangnya maka suatu usaha yang rapi berbentuk serangan saraf dan fizikal telah dilancarkan secara besar-besaran agar negara umat Islam dapat dijajah kembali. Kuffar telah melihat hasil penjajahan sebelum ini telah berjaya memecah belahkan umat Islam serta menjauhkan mereka daripada ajaran Islam yang sebenar. Kuffar berjaya mengaut keuntungan hasil perpecahan umat Islam dengan mengaut hasil bumi yang ada serta hasil daripada penggunaan kepada system ciptaan mereka seperti kapitalis, sosialis dan komunis. Dendam dan dengki kuffar terutama yahudi terhadap Islam terus membara dan bila ia meletus maka ramailah rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman. Cuma kekuatan Amerika adakah terus dapat bertahan bagi meneruskan keganasan atau akan dihancurkan penuh kehinaan sebagaimana tentera bergajah Abrahah. Kita dapat lihat bahawa dunia sudah tidak dapat menerima keganasan Amerika yang tidak menghormati kawan dan lawan sehingga timbulnya pakatan baru terutama dari segi persenjataan antara Perancis, Jerman dan Russia dalam menangani masalah Amerika yang mahu ianya sahaja yang berkuasa di atas dunia pada hari ini. Keganasan tidak dapat dielakkan apabila ada kuasa besar yang tamak dan bongkak yang bertindak sesuka hati tanpa peraturan dan ia akan hancur lebih cepat sebagaimana hancurnya kuasa Rom dan Parsi sebelum ini akibat perkara yang sama.

            

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

             Menyedari tentang bahaya dan ruginya perpecahan di kalangan umat Islam yang menyebabkan kita terus dijajah maka kita wajib kembali bersatu atas dasar Islam sebagaimana yang telah dilakukan dengan jayanya oleh Rasulullah s.a.w. Sempena menyambut ketibaan bulan Rabiul Awwal ini maka seluruh umat Islam bukan sahaja menyebut tentang kemuliaan dan kehebatan yang ada pada diri Rasulullah s.a.w tetapi mesti bertindak segera dalam mengikuti segala yang telah dilaksanakan oleh nabi kita dalam mengembalikan semula kegemilangan dan kemuliaan umat Islam. Biarlah perasaan gembira yang kita gambarkan dalam mengadakan sebarang majlis Maulidurrasul sama keadaannya antara perasaan pada zahir dan batin bukannya pada zahir kita begitu gembira menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w sedangkan pada batinnnya umat Islam sedang menangis hiba akibat dijajah dan diperangi oleh musuh akibat kesilapan dan kesalahan mereka sendiri. Permintaan ulama’ agar amalan dasar kuku besi oleh pemimpin di negara umat Islam perlu  dihentikan segera mestilah disahut dengan penuh ikhlas oleh semua pemimpin agar umat Islam dapat disatukan kembali atas dasar Islam. Tiada gunanya pemimpin  bermati-matian memerangi pejuang Islam dalam negara atas alasan pengganas disamping berusaha menghapuskan pusat pengajian agama, membuang masalah jihad daripada mata pelajaran kerana ini semua akan merugikan umat Islam. Sedarlah bahawa umat Islam lebih mudah dijajah apabila tiada kefahaman yang mendalam terhadap agama Islam dan masalah jihad. Sebenarnya pengajian agama dan masalah jihad bukan penyebab kepada kemunduran, pengangguran dan juga keganasan tetapi agama dan jihad adalah perkara yang menggerunkan musuh Allah terutama Yahudi dan Kristian yang menyebabkan mereka menekan pemimpin negara umat Islam agar segera menghapuskannya. Musuh Allah tidak akan berhenti daripada menyerang umat Islam sekali pun pemimpin telah menghapuskan pengajian agama dan masalah jihad. Oleh itu kurangkan perpecahan antara umat Islam dan tumpukan perhatian untuk bersatu di bawah panji Islam dari semua segi. Jangan sama sekali tunduk kepada kehendak kuffar yang sememangnya sentiasa mencari jalan untuk melagakan umat Islam. Kenyataan seorang yahudi yang menyatakan bahawa hanya 2 agama sahaja yang akan ada di atas muka bumi iaitu yahudi dan Kristian kerana Islam akan dihancurkan lebih-lebih lagi umat Islam sudah lemah di mana dalam setiap peperangan terbaru maka Islam akan kalah. Kata-kata penghinaan ini mesti disahut oleh seluruh umat Islam dengan kembali bersatu atas dasar iman dan Islam serta berkorban dengan seluruh kemampuan yang ada dalam mempertahankan Islam. Islam tidak sama sekali hancur tetapi hanya pejuang Islam yang sentiasa bertukar silih berganti sehingga datangnya kemenangan daripada Allah. Ingatlah kita bahawa jika kita tidak mahu memperjuangkan Islam maka Allah mempunyai orang lain untuk memperjuangkannya dan umat Islam yang tidak mahu berjuang tadi akan dihancurkan oleh Allah dengan penuh kehinaan di dunia dan akhirat.

    Firman Allah dalam ayat 39 surah at-Taubah :
    إلا تنفروا يعذبكم عذابا أليما ويستبدل قوما غيركم ولاتضروه شيئا والله على كل شىء قدير

    Maksudnya : Jika kamu tidak turut serta berangkat untuk berperang nescaya Allah akan menyiksa kamu dengan siksaan yang pedih dan digantikan kamu dengan suatu kaum yang lain dan kamu tidak dapat memberi kemudharatan kepadaNya sedikit pun. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

     

    Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

             Yakinlah kita bahawa dengan Islam sahaja maka kita mampu meraih kemuliaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Jadikanlah diri kita sebagai pejuang agama Allah bukan penentang Islam. Ingatlah bahawa kita bukan orang pertama dan terakhir yang memperjuangkan Islam sebaliknya kita ialah rantaian kepada perjuangan umat terdahulu dan akan datang. Ingatlah juga bahawa kita bukan orang yang memulakan perjuangan Islam sebaliknya kita adalah penerus dan penyambung kepada tugas yang telah dilakukan oleh para nabi dan rasul serta pejuang Islam sebelum ini. Tiada erti letih dalam berjuang jika kita yakin bahawa perjuangan Islam adalah suci sebaliknya kuffar dan golongan munafik lebih letih menentang pejuang Islam kerana mereka berjuang untuk mendapat habuan dunia berupa takhta dan harta yang semuanya berbentuk sementara. Yakinlah kepada janji pertolongan dan kemenangan daripada Allah. Islam kan subur tatkala kuffar semakin hancur, Islam kan menang ketika kuffar mula keletihan, Islam kan berdiri gagah ketika kuffar semakin lemah, Islam kan kembali merajai dunia ketika kuffar jatuh penuh hina.

             Ingatlah firman Allah   ayat 14 surah as-Sof :

    يــأيهاالذين ءامنوا كونوا أنصار الله كما قال عيسى ابن مريم للحواريـــن من أنصارى إلى الله قال الحواريون نحن أنصار الله فـئامنت طائفة من بني إسرائيل وكفرت طائفة فأيدنا الذين ءامنوا على عدوهم فأصبحوا ظــهرين

    Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa Ibni Mariam (ketika dia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka jadilah mereka orang-orang yang menang.

    بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
HANYA RENUNGAN BERSAMA

Sayidina Ali karramallahu-wajhah pernah berpidato suatu masa, katanya:

Ketahuilah, bahawa kamu semua akan mati, dan dibangkitkan sesudah mati. Kamu akan ditanya dari hal amalan-amalan kamu dan akan dibalas terhadap kesemuanya, maka jangan sampai kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia kerana yang demikian itu diserikan dengan berbagai-bagai bala bencana yang tetap akan menarik kamu kepada kebinasaan. 

Semua yang ada pada dunia itu adalah tipudaya semata dan dia akhirnya akan hilang lenyap, bila dia berada denganmu dia adalah penuh tipu muslihat, kesenangannya tidak kekal, dan tiada seorang pun akan selamat dari kejahatannya. Sementara penghuninya dalam keadaan gembira dan sukacita tiba-tiba ditimpa bahaya dan bencana, hal-ehwalnya berubah-ubah tidak tetap, kehidupannya tercela dan kemewahan di dalamnya mempunyai cita-cita yang tak menentu maka dunia akan melemparnya dengan anak panah lalu membinasakannya. Semua orang akan mati mengikut takdir dan ketentuan, tidak lebih dan tidak kurang.

Ketahuilah, wahai hamba-hamba Allah, bahawasanya kamu dan apa yang kamu rasakan dari dunia ini adalah sama sahaja dengan apa yang dirasakan oleh orang-orang yang terdahulu dari kamu, malah umur mereka lebih panjang dari kamu, kekuatan mereka lebih teguh dibandingkan dengan kamu, rumah mereka lebih kukuh, bekas yang ditinggalkan mereka masih kelihatan sampai sekarang, namun suara-suara mereka tidak kedengaran lagi sesudah laungannya bergema begitu lama, tubuh-tubuh mereka hancur luluh, rumah-rumah mereka yang berupa pondok-pondok sudak tidak kelihatan lagi sedang bekas-bekasnya masih tinggal dan terlihat. 

Mereka kini telah berubah dari tempat tinggal yang berupa istana-istana yang terindah dengan katil-katil yang terseri dengan bantal-bantalnya yang empuk, bangunan-bangunannya yang tersusun dengan batu-bata yang kilau-kemilau, sekarang berganti kubur-kubur yang berselerak dengan tulang-belulang yang hancur-luluh sebagai tempat tinggalnya orang-orang terbuang yang sangat ditakuti untuk didekatinya, mereka tidak merasa senang lagi dengan perubahan pembangunan yang ada di sisinya, dan tidak berhubung mesra dengan jiran tetangga yang sibuk memakmurkan sekitarannya dengan bangunan dan perubahan di antara teman dengan teman padahal mereka hanya sejengkal sahaja dari tempatnya.

Bagaimana dapat mereka berhubung mesra lagi? Padahal tubuh badan mereka telah dimakan masa, tulang belulang mereka berselerak merata-rata, mereka dahulu hidup gagah sekarang bangkai tidak bernyawa, hidup mereka dahulu mewah sekarang hampa belaka, orang yang rapat menjauhkan diri setelah mereka tinggal di bawah tanah sendiri, mereka tidak akan kembali lagi, jauh panggang dari api.

"Bahkan itulah satu perintah yang telah ditetapkan Tuhan Perkasa, dan di belakang mereka Barzakh, mereka kekal di situ hingga hari mereka dibangkitkan." (Al-Mu'minun: 100)

Mudah-mudahan Allah menggolongkan kami dan kamu dalam kumpulan orang-orang yang beramal dengan isi kitabNya serta menurut jejak langkah para Auliya'Nya sehingga Dia menempatkan kami dan kamu sekalian di dalam syurga yang kekal abadi dengan kurniaNya, sesungguhnya Dia Maha Terpuji Maha Mulia.

Berkata Sayidina Ali karramallahu-wajhah dalam pidatonya:

Aku berpesan kepada kamu supaya banyak bertaqwa kepada Allah dengan membelakangi dunia yang akan meninggalkan kamu meskipun kamu tidak mudah untuk meninggalkannya. Dunia akan menghancur-luluhkan tubuh kamu sedang kamu terus ingin memperbaharuinya. Hanyasanya perumpamaan kamu dengan dunia itu adalah ibarat sekumpulan manusia yang dalam pelayaran, mereka telah melalui satu jalan dan mereka menyangka telah melewatinya, mereka bergantung kepada satu pengetahuan yang mereka ingat telah sampai kepadanya. Betapa ramai orang yang berlari yang sampai ke kemuncaknya, dan betapa ramai orang yang mengharap panjang pada dunia tiba-tiba terpaksa berpisah dengannya. Oleh itu jangan sekali-kali kamu merungut kerana keburukan dunia dan kesusahannya, dan jangan sekali-kali kamu merasa sukaria kerana harta-benda dunia dan kenikmatannya, semua itu akan hilang lenyap daripadamu. Aku rasa hairan melihat orang yang mengejar dunia sedang maut mengikutinya dari belakang. Dia sentiasa lalai yang dirinya akan mati, tidak pernah ingat yang mati itu akan menimpanya.

Isi surat dari Sayidina Ali kpd Salman Al-Farisi:
"Dunia itu adalah seumpama ular, lembut sentuhannya, tetapi bisanya mematikan, maka berpalinglah anda dengan menjauhkan diri dari semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman anda padanya (dunia) kerana (akan menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai anda dari (bahaya) dunia itu."

Kalimat Saiyidina Ali ini merupakan peringatan kpd Salman Farisi pada khususnya dan ummat Islam pada umumnya ttg hakikat pangkat keduniaan. Bukan tidak boleh kita menduduki pangkat keduniaan itu, tetapi beliau memperingatkan supaya pada kita ada ketahanan mental atau ketahanan bathin, sehingga kita dapat mengendalikan pangkat keduniaan itu demi utk keselamatan kita di dunia dan akhirat. Apabila ketahanan mental atau bathin kita tidak ada dalam diri kita, maka kita akan terpengaruh dari kekaguman kita terhadap dunia yang sedang kita pegang.

Oleh sbb itu maka keimanan kpd Allah subhanahu wa ta`ala yang kuat dan mantap adalah sangat diperlukan, sehingga kesusahan dunia dengan segala kepahitannya dapat diatasi, kerana pangkat dunia yang sedang kita hadapi ini adalah berjalan atas niat yang baik, yakni mencari keredhannya dalam erti yang luas.

Pertanyaan sebahagian sahabat kpd Rasulullah aollallahu `alaihi wasallam dalam Hadis Nabi sebagai berikut:
"Siapakah wali-wali Allah yang tidak takut dan gundah? Nabi sollallahu `alaihi wasallam menjawab: Ialah orang-orang yang selalu memperhatikan bathin dunia pada ketika manusia memperhatikan lahiriah dunia. Dan mereka itu pula mementingkan lahiriah dunia pada ketika ummat manusia mementingkan dunia di waktu sekarang."

Dari Hadis ini, bahawa wali-wali Allah meskipun mereka memegang dunia, apakah mereka merupakan sebagai raja atau seorang yang kaya, mereka itu tidak melihat kepada lahiriah dunia, tetapi mereka melihat kpd bathin dunia itu dan hakikatnya. Sebab mereka mengetahui, bahawa dunia itu tidak abadi, tetapi hanya sebentar sahaja. Sedangkan yang abadi adalah faedah yang mereka dapatkan daripada menempatkan dunia itu pada tempatnya dalam erti 'sebagai alat utk mencari keredhaan Allah subhanahu wa ta`ala'

Berlainan dgn manusia biasa, mereka berlumba-lumba mencari keuntungan dunia sekarang juga tanpa memikirkan keridhaan Allah pada pekerjaannya itu. Sedangkan wali-wali Allah melihat kpd penglihatan yang jauh, yakni masa-masa setelah kita berpisah dengan dunia yang fana', mulai dari alam barzakh hingga sampai ke alam akhirat yang kekal lagi baqa.

Saturday, January 26, 2013

Cot Potato XP

Assalammualaikum (:

 Anda-anda yang sedang membaca ni ialah Cot Potato. Hahahaha, tak. saja gurau2 dgn kawan. Maaf :) Tajuk ni pun takde nk kena-mengena sbnrnye. Anyway, tahu ape tu makanan 'Cot Potato' ? Ehh kau, sukahati je nk hentam makanan. Tu merupakan sebuah perkataan. I repeat it's a sentence that consist of 2 words. Ada paham ? Takk ? Pi cari kat google. Anda-anda ni kan pandai, zaman maju dah pun. So, cari-cari lah sendiri. Malehh ? Lantak kau laa. Maleh dak dpt la nk menau maksudnyee ye...

 Dan berbalik pada tajuk kita, Mister CotPotato, (kau la tu) selamat kembali ke rumah (: Aku tahu, lewat dua hari dah pun, besok nak gerak ke maktab balik dah. Aishh, baru haritu aku jejak kaki kat rumah, nak ke maktab dah. Macam takyah balik je en ? Rasa macam lalu je rumah tuu. Singgah pun tak. Kau laa tu kan. Hahahaha XD Teruk laa mcm tu, sekurang-kurangnya aku dpt tidur dua malam, layan tv sikit, makan lauk ayam yang jarang sgt nk dpt kat skolah tu. (Menu pun dah berubah kan, daging je lebih) hoho

Dah cuti ni, tapi aku taknak la cerita pasal time dah skola haritu. Harapan bagai tinggi gunung tak belaja. Seminggu lepas tu, hamekk kau kena bakar poket nak kena bayar duit. Takpelaa, belajar awal2 dan pelan2 dulu. InsyaAllah dapat skor time exam nnti. hehehe,
-Ckgu Kadir, HEP kami yg lepas dah naik jd HEA. Dan2, kami dapat HEP baru, called Ckgu Ayob (; Manakala HEA kami yg lepas Cikgu Abu dah pindah ke Alor Gajah. Semoga terus berada di bawah rahmat Allah, InsyaAllah :) 
harap maklum- 

DAN. Happy BELATED birthday to abang n akak kita; Iltizam (7 Jan) dan Azmina (18 Jan). Semoga sentiasa berada di bawah Rahmat-Nya. Tak lupa jugak utk kawan sekelas kami yg lain; Fanaa, Fatihah, Luqmanul, Ahdaa. lagi ? takdok. tu je.

*C]P

Dan ingat, semakin bertambah usia kita, semakin dekat masa kita dengan pertemuan Allah. Jadi, selamat beramal :DD  

Wednesday, January 2, 2013

Tuk Tuk Tuk

Hello !!
Oppss !! Assalamualaikum w.b.t ...amek kaw aq bg panjg punyer..hehe
Haha ! Sbnarnyer nie post aq yg kedua kt blog nie..
Yelah..time kaseh bebanyak ea kpd sume yg sudi memenohkan post kt blog homeroom nieyh..
Espesially kak fifa world cup kite..hehe..tanpamu ku kan _____ ..tanpamu ku kan _____ ..
Alamak ! Lupe lirik larh...adooii
Sori2 giler plak..nak nyanyi..kene msok jgn lupe lirik nie
Lawak larh pulak bile t'igt post aq psl pe r ??urrmmm let me think..
Ha....psl hukum hudud..hahaha..wak2 tuh boring giler..
Tu yg aq post hukum hudud time pai kt bilek multimedia...
Ehh..aq igt lg pulak..kenangan2..pas nie xde la mse nk men pc kt mktb lg... :(  hmmm mmg sediyhh
btw..nnt kite sume still jd ahli h/r yg sme kew??korg arap2 ape??
Nie yg kene tanye sorg2 nie..kene amek majoriti..

Topic len pulak er..
da wat azam 2013 ??amacam kew copypaste taon2 lpas nyehh??ha kantoi....
yg penting kite try tok b'azam..
bla bla bla..kang aq jd macam dr fadzillah kamsah pulak..
tuka2 topik..boring.....
Wokeyh2..Tahniah ea korg dgn result yg korg dpt..amacam??hepi x??
kalo x hepi...wat2 hepi la...b'syukur taw..at least de A..kalo xde??
nampak ea ko kono halau larhh skola kt tmpat len..
Mule larh nk ckp...ko x rase ap yg aq rse??cube ko kene??ha asal diam?
tu lah soalan yg akn dtujukan..da agak da..
Actually..maybe ade hikmah di sbalik sume nie..
ntah2 nnt korg jd top student wak2 spm nnt..kalah aq..

Da larhh aq nak tgk tv lg bagos..
b4 aq kuar..aq nk kite sume jgn luper bezday kwn2 kiter dlm bulan January nie
seingat aq lar bezday MINA,IE ZAM,FANA N PAAN

HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO U
HAPPY BIRTHDAY TO ALL OF U
HAPPY BIRTHDAY TO U

aq rse bezday dorg boley sambut kt mktb..maybe
nnt kite sme wish dorg er...
ok bye2

Tuesday, January 1, 2013

2013

Assalammualaikum (;

 Mehh ckp sikit harini dah berapa haribulan ? Hahaha XD yup. Harini 01.01.2013,
Happy New Year guys :D

 Takde benda pun nk cakap, sbb cuti pun dah nak habis. Bagi anda-anda yg dah nak gerak ke maktab yang tersayang tu., Selamat Kembali Bersekolah.  Sumpah sedih cuti kali ni aq tak pergi mana-mana ==" Ohh, anyway, kawan kita yg macho tu dah balik umrah. Alhamdulillah, aku tengok gambar2 diorg kat sana seronok je kan. Kita2 yang lain ni bila lagi laa en ? InsyaAllah, sampai masa nanti (:
btw

Alang-alang blog ni balik2 hadap muka aku je kan, *comel kot* kamu-kamu baca jelaa ye. Flashback jom ? :3
2012 (that's not the movie ==")

#Awal tahun, masa mula daftar muka pun dah matured. Cehhh, f3 kan ? hahaha XD

#Sebok memanjang, Pelancaran Program Gemilang PMR. plus2 sekali, tema maktab. Mendidik Hamba Membangun Khalifah (: *tema yg sgt membangun* Lepastu merentas desa.. mcm biasa aku :DD mne dapat pingat pape, nombor pun jadilahh. Dpt point sikit utk rumah sukan :P Tahniah utk Arif Fahmy dan Amir Rushaidi, tk silap aku budak berdua ni dpt kot. Dapat amnde pun tk igt. piala ye ? ke medal ? hahaha.

#Mac. UNGAAAAAA! baru cari pengalaman, even we did'nt won any at least we got something we can learn. Algeria (:




#Diselitkan lagi dgn hari bumi. Tahun ni sangat bosan *aku laa ngaku* ceramahhhhhhhhhhhh je kt dewan. tk pun tanam pokok. tu je lee., tk tanam, ceramah, tak ceramah, kuiz, tnye2 soalan. Haihhhhh, bwp tahun dpn, be creative la sikit ye ? hahaha. Petang lepas sambutan hari bumi tu f3 ngn f5 dah gelabahhh kena prepare pulak utk Kem Tamat Latihan. Kem yang melibatkan semua badan uniform, yang sedih nye kem tu sehari je!  Tahun lepas punye lahh gilang-gemilang, harmoni kondusif bagai boleh sampai 2 3 hari. Aduhhh, takpe2.

#Bulan paling terindah buat cikgu2. Mei. Teachers' Day. Jgn pernah lupa jasa2 cikgu yg dah banyak berjasa ni. Nak2 lagi yg dpt 9A tuu., bersyukur ~ Big Week ! Final Semester 1. Semua bertaruh tenaga dan minda utk mengejar PNG 3.5 ke atas. Bagi yg berjaya, tahniah :D Lepas dah 2 minggu pulun buku sehabis-habisan, maka bermulalah era globalisasi sesi cuti persekolahan.. Tapi.. tapi.. and TAPI. kami-kami yg f3 ni kena tahanan maktab seminggu stay utk Kem PG PMR. Alahhh, yang aku dah pernah post dulu tu. Tak percaya, scroll balik. 
Bangga dapat hadiah. LOL XD
*aku pun tak pasti dh dpt ke belum habuan tuu*

#Tak lama lagi, cikgu2 pun dok mula bising tak sampai 4 bulan je lagi nak masuk dewan yg sejuk tu. ulang suara 4 BULAN. tolak cuti puasa cuti raya, cuti saja suka-suka. Sangat tak cukup masa. Dan bermulalah sesi pembelajaran kami dalam Pusat Sumber Pembelajaran yg sgt seronok utk tido beramai-ramai. That's what we called ; PG (: tiap2 hari mengadap muka member2 yang same je. Satu study group. Mase ni jugak laa kalau ade certain2 subject tu la yang ngantok, yg kecut perut, yg kena fokus, yg tangan nk patah2 menulis. Dan yang lain-lain. 

 *BM > cikgu2 kami ni pentingkan kebersihan, pernah sehari tu, habis satu PSP kami belasah bagi bersih. Kalah kerja2 acik cleaner. Memang licin habis, habuk2 disapu, contengan2 dipadam, bekas tapak kasut kat lantai tu pun dah diberus. Power habis. Hahaha XD 
*BI > kelas bi kena separate2 ikut cikgu. Kalau cikgu bagi soalan esei kan, huisshhhh, habislahh. *akulaatu* Taktau kenape malas sangat nak buat esei. Cuba teacher bagi MCQ je, hahahaha. 5 set pun bole siap (bulat2 je kan) syurgaanye hidup kat kelas waktu tu. hoho.
*Geo > Mula2 kena pisah jugak. Siapa yang hebat-hebat 2nd class tu masuk laa berdamai dgn cikgu Harizal. Huihhh, dengar macam nk kena seksa, buat nota 5 ke 6 helai kertas A3. haha, pastu kalau dah result exam ok sikit, join laa mereka-mereka yang hebat-hebat 1st class tu dgn cikgu Hartini. Sangat seronok. Macam2 cikgu doakan :DD
*Math > Takkan kenal math kalau tak buat latihan. aku ingat lagi masa Sir Meor mengamuk just about a silly mistakes. That USUALLY happened. dah ckp banyak kali pun tak reti. tulaa, math dah terer. Heh, ape2 pun Alhamdulillah, 100% A's. 
* KHB > Slot kh memang dipenuhi dgn soalan2 tahun2 lepas. Kalau tak siap habisla kau kena hentam ngn cikgu. Nak bincang jaapan tu cikgu Fikri asyik main pas2 mikrofon je.bdk pompuan pun sume kelam kabut. Nak2 lagi bila mikrofon tu sampai kat kau tapi bila kau cakap takda haprak pun yang dengar. Huihh, sakit hati. *aku la tu yang kena* Maintain semua A, alhamdulillah (:
*SC > Subjek ni pun kena pisah2 jugak. aku pun tak paham. Kelas A kat atas, wehhh untung ah. takde cikgu masuk pun. hahaha, handout bincang2 sendiri laa. sume pandai2 kan. kadang2 HEQ pun masuk, *our cikgu zakpar* bincang2 laa ape yang patut. Tapi kalau bincang ngn cikgu satu soalan seriusly. 30 minute. tu paling kejap kot aku rase. Kelas B bersepah laki kat dlm psp pompuan kat luar. Aihhh, tak puas hatinye. haha, Kelas C mcm biasa dekat makmal dgn teacher Aidah. Punnn, 100% a :DD 
* Sejarah > Fail wajib. Satu buku kau tertinggal, sengsara hidup. Selalu kena buat analisis soalan. Lepas buat satu set soalan tu, bincang main tukar2 kertas pulak dah. Yang laki amek pompuan and vice versa. Ade yang seronok bukan maen. Tulis laa kata2 semangat kat situ. Pastu kasi kat tuan punye kertas. Hahahaha, mcm2 kena komen.
*PAI > Bawak pen ngan test pad je dah cukup. tak sah sekali slot kalau kau tak menulis. Kadang2 rase patah tangan tu kalau boleh en. Wuihhh, penat. Ustaz cakap kalau buat soalan tak bole tgk buku. Tapi peduli hape, time ustaz jejalan kt belakang buat2 laa tgh memikirkan jwpn. Ustaz dah pegi, kau hentam jelaa bukak habis selak satu buku.
*Arab > First time mktb amek utk pmr, mcm2 ustaz buat. Panggil orang luar tu dah biase dah. Kena hafal karangan, hafal teknik2 soalan. Habis semua bnde kena hafal.

#TRIAL MARA!! Target masing2 tinggi memuncak. kejar 9A.


#Sambutan raya maktab. Wahh, baju masing2 bergaya. lawa-lawa. Untunglaa f3 tak kena bawak mknn kuih muih bagai. Merayau je klas2 lain. kenyangg sehari. 

#PMR mariii.. alatan semua dah sedia, siap bekal dgn air zam-zam lagi. Mase tu semua dah pakat wish, call parents, adik-beradik, atok nenek. Semua mintak tolong doakan. hahaha, lepas 5 hari. FREE. last paper htr kat pengawas muka keluar dewan senyum je. Seronok bukan maen. Penuh laa dengan jadual MIGTY lepas tu, ukkm. dan majlis graduasi. Alhamdulillah, semua dpt anugerah. Then, cuti raya haji.






 #Annual Dinner kami. Lupa, dah tukar name. De' Night of Mahabbah Fellowship. style kan ? hehehe, semua nmpk lawa, yg pompuan dgn jubahnye, lelaki baju melayu lengkap. Seronok je dapat makan mknn hotel. Khas punye persembahan; madeh dari budak batch sendiri :D

Aihhh, sedih pulak aku. tu laa kenangan itu manyak maa.. takpe2, hanya 2o12 yang boleh buat aku gembira. ecehhh, ayat~ Nak2 lagi semua dah naik f4. huu, bertambah besar lagi ye. berat badan naik, jerawat pun :PP hoho. Semoga dengan bertambah nye umur kita, maka bertambah laa jugak amalannye, insyaAllah.
Jom, ubah diri ke arah yang lebih baik ? :3