Cuba kita renungkan sebentar, mengimbas kembali perkara-perkara lalu yang pernah kita lakukan......
- Adakah pergaduhan kita mengundang akibat sebegini>>>
Namun sedar tak kita bahawa insiden seperti itu akan menimbulkan kejadian saling tidak bertegur sapa dan bermasam muka juga menyebabkan terputusnya silaturahim antara umat...Inilah fenomena yang bukan sedikit berlaku dalam masyarakat kita .
- SEBENARNYA,,ayat Allah sangat perlu kita renungi sebagai peringatan kepada kita bahawa pentingnya silaturahim dalam membina kekuatan Islam.
Rasulullah juga ada memberikan amaran keras kepada orang yang memutuskan sialaturahim dengan ancaman tidak dapat memasuki SYURGA di akhirat kelak..
Baginda juga berpesan :"Tidak dibenarkan bagi seorang muslim untuk meninggalkan saudaranya (tidak mahu bercakap dengannya kerana benci)lebih tiga hari."(Riwayat Muslim)
Namun ,apabila selepas tiga hari ,apakah yang akan terjadi kepada diri kita ,jika kita tidak memaafkan kesalahan seseorang itu???Tentulah hati kita akan ditawan syaitan dan kita seolah-olah menjadi kuda tunggangan syaitan laknatullah.Insaflah wahai sahabatku !!!!Insaflah dengan menerapkan sifat suka memaafkan agar kita diredai Allah..
Ingatlah sikap mudah memaafkan kesalahan orang lain adalah ciri orang yang bertakwa dan Allah tidak suka orang yang berlaku zalim.Hanya orang yang zalim sahaja tidak memaafkan orang lain..
Oleh itu,saya sangat berharap agar kita saling memaafkan kesalahan orang-orang yang telah berbuat kejahatan kepada kita.Jauhilah sifat benci dan kawallah nafsu amarah kita semoga kita tergolong dalam golongan yang bertakwa..
THIS POST IS SERIOUS
Disediakan oleh,
PRES